Sunday, April 22, 2012

Kebun Tebu Latest - terbiar

Kebun tebu Pak Hadirah dah tak terurus .. Banyak sangat musuhnya..dengan serangan babi hutannya serta monyetnya..kebun tebu ni put on hold dulu..tapi banyak pengalaman yg dapat dari mengerjakan kebun ni dalam masa dua tahun ni...hasilnya..eemmm..modal dapatlah kot..

Wednesday, May 5, 2010

Mula lah menanam tebu


Teruja sangat nak tanam tebu, pagar belum siap lagi Pak dah mula tanam benih tebu. Cara yang Pak gunakan ialah dengan sistem parit. Drebar backhoe yang Pak panggil korek parit tu kata sistem ni lebih baik dan boleh bagi hasil yang lebih tinggi. Boleh pakai ke tokey ni, tapi tulah yang dia kata dan dia dah banyak gali parit camtu untuk penanam tebu. Benih tebu Pak beli dari penanam tebu di Rinching Hilir di Semenyih...

Bermulanya projek tanaman tebu


Ladang tebu pak hadirah bermula pada bulan Feb 2009. Tapak yang dipilih adalah tanah sawah terbiar (lebih 30tahun terbiar) milik mak saudara seluas kira2 satu ekar. Disebabkan pokok yang tumbuh atas tanah tu dah terlalu besar dan banyak, terpaksa dipanggil buldozer untuk bersihkan kawasan. Mula2 cadang nak guna backhoe sahaja, tapi bila tauke backhoe datang tengok, dia kata backhoe tak boleh, jadi kenalah guna buldozer. Offcourse lah guna buldozer kos naik sikitlah, tapi keja cepat siap, satu hari dah habis

Monday, April 19, 2010

Ladang Tebu Pak Hadirah

Pak dah mula tanam tebu dari tahun 2009 bulan Feb. Luasnya taklah besar, lebih kurang 3 suku ekar sahaja. Tapaknya bekas sawah terbiar. Lokasi kebun pak di kampong RCB, masjid tanah melaka. Pak tanam tebu pada mulanya untuk suka2 dan nak cari pengalaman. Selepas setahun menimba ilmu, rasanya Pak dah ready nak besarkan ladang tebu Pak, mungkin tambah 2 ekar lagi.

Blog ni Pak buat untuk merekodkan pengalaman Pak menanam tebu. Angan2 Pak, Pak nak jadi kaya dengan menanam tebu, harap2 jadiklah kaya, jangan kayap dah lah...