Wednesday, May 5, 2010

Mula lah menanam tebu


Teruja sangat nak tanam tebu, pagar belum siap lagi Pak dah mula tanam benih tebu. Cara yang Pak gunakan ialah dengan sistem parit. Drebar backhoe yang Pak panggil korek parit tu kata sistem ni lebih baik dan boleh bagi hasil yang lebih tinggi. Boleh pakai ke tokey ni, tapi tulah yang dia kata dan dia dah banyak gali parit camtu untuk penanam tebu. Benih tebu Pak beli dari penanam tebu di Rinching Hilir di Semenyih...

Bermulanya projek tanaman tebu


Ladang tebu pak hadirah bermula pada bulan Feb 2009. Tapak yang dipilih adalah tanah sawah terbiar (lebih 30tahun terbiar) milik mak saudara seluas kira2 satu ekar. Disebabkan pokok yang tumbuh atas tanah tu dah terlalu besar dan banyak, terpaksa dipanggil buldozer untuk bersihkan kawasan. Mula2 cadang nak guna backhoe sahaja, tapi bila tauke backhoe datang tengok, dia kata backhoe tak boleh, jadi kenalah guna buldozer. Offcourse lah guna buldozer kos naik sikitlah, tapi keja cepat siap, satu hari dah habis